|
Daripada Jabar RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, "Tiap-tiap yang baik itu sedekah."
(Diceritakan juga oleh Muslim daripada riwayat Hazifah RA)
|
|
|
Kelebihan Sembahyang Subuh Dengan Asar
Daripada Abu Musa Al-Asyaari RA katanya, Rasulullah SAW telah
bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk,(subuh dan asar),
Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”
|
|
|
Amalan Yang Menghapuskan Dosa Serta Mengangkat Darjah
Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu
suka aku tunjukkan suatu amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya
dosa-dosa serta mengangkatkan dengannya beberapa darjat? “mereka
berkata, “Bahkan ya Rasulullah”, sabda Rasululullah, “Menyempurnakan
wuduk dalam keadaan susah dan membanyakkan langkah ke masjid serta
menunggu sembahyang (untuk berjemaah). Demikian itulah (yang dikatakan)
“Al-Ribat” (perjuangan menentang musuh dan bersedia menghadapinya).”
|
|
|
Kelebihan Berwuduk
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya
keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya
bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia
membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang
dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang
akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang
dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang
akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”
|
|
|
Amalan Yang Paling Afdal
Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya,
“Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh
Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku
bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?”
jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling
tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian?
Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau
buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya,
“Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat
mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW,
”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya
itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”
|
|
|
Orang Mukmin Yang Tenang
Daripada Ibnu Umar R.huma katanya, bersabda Rasulullah SAW, "Orang
mukmin sentiasa berada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan
rahmat Allah) selagi dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak
pernah membunuh melainkan dengan kebenaran yang hak)".
|
|
|
Menggunakan Harta Dengan Jalan Batil
Daripada Khaulah binti Tsamir Al-Ansoriyah, iaitu perempuan (isteri)
Hamzah RA katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya ada beberapa jenis atau golongan lelaki yang membelanjakan
harta orang Islam bukan dengan kebenaran. Maka bagi mereka api neraka
pada hari kiamat".
|
|
|
Orang Yang Bankrap disisi Islam
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah
kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang
bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta".
Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah
orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan
dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta
memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang
dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala
kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum
terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka
(orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya)
kemudian dicampak dia ke dalam neraka".
|
|
|
Menghukum Atas Yang Benar
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua
telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada
yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah
yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka
sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan
ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka
sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".
|
|
|
Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada
mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu
sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan
berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam
jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?"
Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa
peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar
mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak
berpaling lari kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana
katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam
peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala
kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau
bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh,
tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung
hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".
|
|
|
Jauhi Sifat Bakhil
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Takutilah
(jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan
di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil
itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa
mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan
perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.
|
|
|
Waktu Doa Paling Mustajab
Dari
Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika
baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat
berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak
ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan,
kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca
al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam
rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan
Allah S.W.T.
|
|
|
Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai
wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya
walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.”
|
|
|
Kelebihan Berulang Alik Ke Masjid
Daripada Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang
pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam
syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik.
|
|
|
Larangan Memperkecilkan Kebaikan Yang Sedikit
Daripada Abu Zar RA katanya, nabi SAW telah bersabda kepadaku,
“Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau
menemui saudara engkau dengan wajah yang berseri-seri.”
|
|
|
Contoh Amalan Baik dan Amalan Jahat
Daripada Abu Zar RA katanya, nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Telah
diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku sama ada yang baik atau yang
jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik atau yang
jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik ialah
membuangkan sesuatu yang merbahaya yang terdapat di jalan. Dan aku
dapati di antara amalan-amalan yang jahat ialah berkahak di dalam masjid
yang tidak ditimbus.”
|
|
|
Tuntutan Bersedekah
Daripada Abu Zar RA daripada Nabi SAW telah bersabda, “Dituntut ke atas
setiap sendi kamu itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil
itu sedekah,setiap takdir itu sedekah, menyeru kepada kebaikan itu
sedekah, melarang daripada kemungkaran itu sedekah dan memadailah bagi
setiap amalan yang disebut itu dua rakaat sembahyang Dhuha.”
|
|
|
Jarak Syurga Dan Neraka
Daripada Ibnu Masu’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Syurga itu
lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga
neraka.”
|
|
|
Tempoh Penurunan Wahyu
Daripada Anas RA katanya: "Sesungguhnya Allah SWT meneruskan penurunan
wahyu kepada Rasulullah SAW lebih banyak pada waktu sebelum diwafatkan
sehinggalah baginda wafat, di situlah sebahagian besar wahyu
diturunkan."
|
|
|
Kelebihan Sujud dalam Solat
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA
hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah
engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat
dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."
|
|
No comments:
Post a Comment