Hadith:
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah
RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda,
"Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin.
Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan
menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka
yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka
terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya
ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin
tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW,
"Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
Huraian Hadith:
-
Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya.
-
Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari
tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam
pemerintahannya.
-
Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib
dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat.
-
Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku.
-
Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur.
-
menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah
dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada
kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.
No comments:
Post a Comment